Saman Fitnah: Siasatan 1MDB, SRC diklasikasi sebagai NFA, bukan ditutup – Mohamed Apandi

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sepanjang tempoh beliau menjadi Peguam Negara (AG), siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC International) hanya diklasikasi sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ serta tidak pernah ditutup.

Mohamed Apandi berkata semasa beliau melepaskan jawatan AG pada 2018, siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan belum selesai.

“Mana-Mana penyiasat boleh membuka semula siasatan kes itu jika terdapat sebarang bukti baharu.

“Kertas siasatan (IP) telah dipindahkan dari agensi siasatan, jika IP itu kembali kepada kami, kami akan menelitinya. Jika kami mendapati ada perkara yang perlu dilengkapkan, kami akan memulangkannya.

Siasatan kes itu tidak pernah diselesaikan walaupun pada hari saya meninggalkan Pejabat AG,” katanya pada perbicaraan kes saman fitnah beliau terhadap ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim berhubung isu penutupan siasatan kes 1MDB.

Kepada soalan lain, Mohamed Apandi berkata beliau tidak membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib daripada pertuduhan berkaitan 1MDB dan SRC International namun hanya yang mempunyai kaitan dengan sumbangan RM2.6 bilion.

Ramkarpal: Siaran akhbar (bertarikh 26 Jan 2016) yang anda bacakan pada satu sidang media, telah membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku dalam SRC International. Adakah anda bersetuju bahawa ini adalah kerana pada pandangan anda, dana itu datangnya daripada sumbangan tersebut dan bukan SRC International?

Mohamed Apandi: Saya tidak menyebut sumber dana itu dalam siaran akhbar, saya hanya menyebut tidak ada bukti bahawa Najib telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ramkarpal: Jadi anda katakan bahawa tidak ada bukti wang itu datangnya daripada SRC International?

Mohamed Apandi: Pada masa yang material itu.

Kaitan keluarga Zeti dengan 1MDB tumpuan dalam rayuan Najib

Mohamed Apandi juga berkata sepanjang tempoh 47 tahun berkhidmat dalam arena perundangan, beliau tidak pernah melakukan sebarang salah laku atau ‘membantu’ sesiapa yang mempunyai kaitan dengan 1MDB atau SRC International.

Ramkarpal kemudian menyoal Mohamed Apandi mengenai laporan berita bahawa AG ketika itu enggan bertindak ke atas syor panel semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Najib.

Ramkarpal: Laporan ini agak teruk dan seorang daripada ahli panel itu, Lim Chee Wee mendakwa bahawa anda tidak bertindak terhadap fakta bahawa sejumlah RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank bekas perdana menteri itu. Anda telah diberikan peluang untuk memberikan maklum balas namun anda tidak berbuat demikian.

Mohamed Apandi: Saya berpendapat bahawa saya tidak perlu memberikan maklum balas kepada perkara itu.

Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam Malaysiakini.

Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau telah terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi AG.

Mohamed Apandi, yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas AG Malaysia bagi meraih publisiti murahan.

Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am sebanyak RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang dikirkan sesuai oleh mahkamah.

Perbicaraan bersambung esok.

— BERNAMA

 

Rayuan SRC: Hakim berpengalaman patut mengendalikan perbicaraan ‘Kes Abad’ ini – Tan Sri Shafee Abdullah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker