‘Fikirlah sedalam-dalamnya sebelum roboh MN’

PUTRAJAYA: Dua parti utama terbesar orang Melayu, Pas dan UMNO tidak perlu lagi mengulangi sejarah hitam yang amat merugikan bangsa dengan mudah merobohkan perdamaian di bawah Muafakat Nasional (MN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebaliknya Pas dan UMNO perlu meneruskan perdamaian dan perjuangan politik bersama demi bangsa dan agama, sambil didukung parti-parti Melayu lain termasuk rakan dari Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, selama 60 tahun Pas dengan UMNO berkelahi, permusuhan politik yang lama itu amat merugikan orang Melayu dan rakyat keseluruhannya menjadi mangsa.

Bagaimanapun kata beliau, perdamaian politik yang termeterai pada 14 September 2019 dengan Piagam Muafakat Nasional ditandatangani bersama sekali gus menggembirakan kebanyakan pihak yang ingin menyaksikan penyatuan parti Melayu Islam itu.

“MN yang terbina selepas sekian lama bercakaran, kenapa sekarang nak dirobohkan? Usaha untuk membina MN amat sukar, berbulan-bulan berunding, tetapi sekelip mata nak dirobohkan.

“Merobohkan rumah yang sudah dibina adalah senang. Tetapi pembinaannya amat sukar. Musuh semua bertepuk tangan gembira melihat UMNO-Pas berbalik asal iaitu berkelahi dan bercakaran seperti dahulu,” katanya di sini semalam.

Kelmarin Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan akan meninggalkan MN kerana mendakwa ia sudah menyeleweng daripada matlamat asas sebaliknya meminta semua menyertai Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat BN batal tapi tiada penjelasan

Kata Abdul Hadi, jika mahu menyelamatkan negara, semua kumpulan Islam mesti menyertai pakatan baharu PN bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti selain bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

Dalam hal itu Wan Ahmad berkata, Pas perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum ‘membakar jambatan’ atau sebelum ‘rumah’ MN yang telah terbina mahu dirobohkan.

Beliau menjelaskan, MN merupakan wadah perjuangan politik yang direstui majoriti bangsa Melayu dan satu pengukuhan kuasa politik Melayu dan Islam di bumi ini.

Di atas landasan MN katanya, dengan dukungan Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebanyak 125 kerusi Parlimen berada dalam genggaman.

“Ia sekali gus akan lahir sebuah Pemerintahan Dominan Pribumi (PDP) Melayu dan Islam yang teguh dan stabil.

“Atas lunas demokrasi berparlimen, parti mana yang mendapat jumlah kerusi terbanyak sewajarnya menerajui kerajaan. Sebuah kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara,” katanya.

Tajuddin dedahkan Zahid tidak sesuai jadi Perdana Menteri selepas PRU15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker