Prosiding rayuan kes SRC International diteruskan tanpa penangguhan

Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran rayuannya terhadap sabitan bersalah dan hukuman dalam kes rasuah RM42 juta SRC International.

Justeru Mahkamah Rayuan meneruskan pendengaran permohonan tersebut hari ini.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan hakim Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan setelah peguam Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan permohonan itu.

Shafee memohon penangguhan sebulan sementara menunggu keputusan pemohonan Najib di mahkamah di Amerika Syarikat dan Singapura.

Permohonan di Amerika Syarikat berkaitan tuntutan Najib untuk mendapatkan dokumen dan bukti yang diperlukan untuk pembelaannya di Malaysia.

“Kami putuskan untuk teruskan (pendengaran hari ini),” kata Abdul Karim ketika menyampaikan keputusan sebulat suara tersebut.

ECRL diubah semula ke laluan asal, anggaran kos RM50 bilion – Wee

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan penangguhan hukuman tersebut sementara menunggu keputusan rayuannya.

 

Rayuan Najib di Mahkamah Rayuan bermula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker