Rayuan Najib di Mahkamah Rayuan bermula

Sebaran :

PUTRAJAYA: Prosiding rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn. Bhd

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Karim yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera akan mendengar rayuan yang ditetapkan akan berlangsung selama 12 hari. Kes akan berlangsung setiap hari kecuali Jumaat.

Mengikut aturan yang ditetapkan, empat hari pertama dikhususkan untuk pihak perayu yang diketuai peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah sebelum pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam prosiding rayuan ini membuat hujahan balas selama empat hari.

Baki empat hari adalah untuk pihak perayu membalas hujahan pihak pendakwaan.

Kerusi Presiden UMNO panas

Najib dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu selepas Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta.

Rayuan tersebut sepatutnya didengar pada Februari lalu namun terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Secara kebetulan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut berada di Istana Kehakiman pada pagi ini.

Bagaimanapun, kehadiran beliau bukanlah untuk memberi sokongan kepada Najib tetapi untuk mendengar rayuan kes beliau untuk menggabungkan 12 pertuduhan pecah amanah (CBT) dihadapinya kepada tiga pertuduhan berhubung dana milik Yayasan Akalbudi di Mahkamah Persekutuan.

Vaksin: Anggota polis yang kononnya meninggal dunia, tidak alami gejala semasa disuntik


Sebaran :

Leave a Reply