Anak lelaki Joe Biden bongkar masalah ketagihan dadah, hubungan dengan bapa — MYKMU.NET

Anak lelaki Joe Biden bongkar masalah ketagihan dadah, hubungan dengan bapa



Sebaran :


HUNTER BIDEN, anak lelaki kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, berkongsi kisah ketagihannya dalam satu wawancara televisyen pada Ahad, dan mengakui dia menghisap keju Parmesan kerana menganggapnya kokain.

Lelaki berusia 51 tahun itu bercakap dengan stesyen televisyen CBS mengenai perjuangannya melawan ketagihan dadah, hubungan dengan ayahnya dan urusan perniagaannya di Ukraine.

Bercakap mengenai ketagihannya, Hunter berkata dia pernah menghabiskan masa berhari-hari minum vodka dan menggunakan kokain.



“Saya pernah melalui 13 hari tanpa tidur dan hanya merokok dan minum vodka sepanjang masa itu,” katanya kepada hos, Tracy Smith.

Anak kedua Biden itu yang juga merupakan graduan undang-undang dari Yale, memberitahu dia bekerjasama penuh dengan Jabatan Kehakiman yang menyiasat kewangannya.

Penyiasat persekutuan sedang meneliti urusan perniagaan Hunter, kata sumber kepada CNN.



Siasatan tersebut meneliti beberapa masalah kewangan, termasuk sama ada Hunter dan rakannya melanggar undang-undang cukai dan pengubahan wang dalam urusan perniagaan di negara luar, terutama China.

“Saya sangat yakin di akhir siasatan, mereka akan dapati saya bersih daripada sebarang kesalahan,” katanya lagi.

Hunter juga memaklumkan dia dan ayahnya bercakap setiap hari menerusi panggilan telefon.



“Setiap malam sebelum tidur, beliau akan menghubungi saya dan anak-anak saya.

“Beliau ayah yang prihatin. Ketika saya bertarung dengan masalah dadah, beliau meluangkan masa untuk bercakap dengan saya.

“Beliau datang ke pangsapuri saya satu hari, ketika itu beliau masih memegang jawatan sebagai Naib Presiden. Beliau berjaya ‘lari’ sekejap daripada pengawal peribadi untuk memujuk saya masuk ke pusat pemulihan,” ujarnya. Awani



Biden pilih calon wanita, orang Islam pertama ke mahkamah persekutuan


Sebaran :


Leave a Reply