Kekayaan Robert Kuok, Teh Hong Piow bertambah


PETALING JAYA: Jutawan Robert Kuok menambah USD155 juta kepada kekayaannya, menjadikan nilai bersihnya sebanyak USD20.7 bilion, lapor The Edge.

Pengasas dan pengerusi Public Bank Bhd Teh Hong Piow juga dilaporkan menambah USD47.3 juta, meningkatkan kekayaannya kepada USD7.16 billion.

Menurut The Edge, Kuok, yang digelar “Raja Gula Asia”, berada di kedudukan ke-87 dalam Indeks Jutawan Bloomberg, senarai harian 500 individu terkaya di dunia.

Hartawan itu mengendalikan perniagaan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong, termasuk kilang penapis minyak sawit terbesar di dunia, Wilmar International.

Beliau juga memegang saham dalam syarikat pemaju hartanah Kerry Properties dan perusahaan hotel Shangri-La Asia.

Sementara itu, Teh menduduki tempat ke-362 dalam senarai itu. Beliau memegang 22.78% saham di Public Bank melalui Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd, syarikat pelaburan peribadinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai itu dengan kekayaan bernilai USD185 bilion, setelah menambah USD3.59 bilion, sementara Elon Musk daripada Tesla Motor berada di tempat kedua dengan USD171 bilion. FMT

Tesla, Google dan Amazon ke Indonesia, Malaysia?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker