PPBM akan pertahan kerusi sekali pun UMNO letak calon


PPBM sedia mempertahankan kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang disandang parti itu, jika Umno kekal mahu meletakkan calon mereka pada PRU Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM Mohd Redzuan Md Yusof berkata, parti itu tidak mempunyai pilihan lain selain melawan Umno di kerusi terbabit.

“Kita akur dengan kedudukan apa yang dilaungkan oleh Umno. Kita mengulangi kesediaan untuk melawan setiap kerusi seperti mana mereka telah nyatakan untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi Parlimen.

“Apa yang penting ketika ini Biro Politik PPBM sedang merangka gerak kerja ke arah itu untuk kita lebih bersedia menghadapi PRU15 dan apa yang diputuskan akan diangkat kepada MPT, untuk diberi pengesahan,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Pak Wan Prihatin di Kampung Pantai Belimbing, Durian Tunggal di Alor Gajah, Melaka hari ini.

Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata, isu berkenaan merupakan antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat MPT semalam, dan ia dibuat selepas meneliti kenyataan dikeluarkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 yang berakhir minggu lepas.

Mengulas sama ada hubungan Umno dan PPBM dapat dijernihkan sebelum PRU15, Mohd Redzuan berkata ia bergantung kepada sama ada Umno boleh memilih kepimpinan baru yang mengembalikan perjuangan asal parti berkenaan.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata MPT PPBM mengulangi komitmennya untuk memperkukuh kerjasama antara parti-parti anggota Perikatan Nasional yang terdiri daripada PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Bernama

Menteri UMNO perlu sertai PPBM – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker