Mahathir tak perlu ‘melompat’, pandangan Sultan Johor boleh dirunding secara baik

Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengn baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen, dan prinsip Raja Berperlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar berkata ini termasuk pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mencadangkan agar lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Kita boleh runding dengan baik tetapi prinsip Perlembagaan, (sistem) demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan itu tetap dipertahankan dan kita junjung prinsip yang sama.

Jadi tidak harus ada kebimbangan kalau ada kenyataan dan pandangan termasuk daripada Sultan Johor. Pandangan ini boleh dibawa bincang tetapi tidak akan mempengaruhi dasar negara dan prinsip kita tentang Raja Berperlembagaan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas cadangan Sultan Johor dan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pameran “Perjalanan Menelusuri Seni Islam” dan “Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim” sempena sambutan ulang tahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di Kuala Lumpur, malam semalam.

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata titah cadangan Sultan Ibrahim supaya SPRM dan Petronas dipantau secara langsung oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh diambil ringan.

Anwar juga berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir.

“Dia (Dr Mahathir) hanya melontarkan pandangan dan kita bincang. Bagi saya tiada masalah. Pandangannya tidak langsung akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara kita,” kata Perdana Menteri.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker