Terpengaruh pentadbiran bertukar punca penjawat awam tidak sokong kerajaan

Terpengaruh pentadbiran bertukar punca penjawat awam tidak sokong kerajaan

BENTONG: Kerajaan hilang sokong hampir 80 peratus penjawat awam ketika enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana termakan dakyah pembangkang bahawa kepimpinan negara akan bertukar selepas pilihan raya tersebut.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sebaliknya sokongan itu mula kembali meningkat dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kerana kerajaan tidak berubah dan kekal hingga ke hari ini.

Justeru beliau yakin sokongan itu akan bertambah jika Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kemenangan PRK DUN Pelangai pada Sabtu depan.

“Undi penjawat awam sudah 50-50. Sebab itu kita jangan kecewa bila lihat penjawat awam tidak sampai 15-20 peratus (ketika PRN), sebab mereka yakin kerajaan akan bertukar selepas enam pilihan raya negeri. Bila tidak bertukar, mereka mula kembali yakin.

“Simpang Jeram dan Pulai sudah 50-50, jadi kita menang Pelangai penjawat awam akan kembali sokongan kita. Sebab itu kemenangan di sini wajib,” katanya dalam Program Sembang Perpaduan di Kampung Hayat di sini semalam.

Menurut Mohamad, malah Kerajaan Pusat kini terus kekal selepas keputusan PRN setelah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memberikan jaminan untuk terus menyokong kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Oleh itu beliau menegaskan kemenangan Pelangai kini amat penting bukan sahaja untuk pembangunan penduduk tetapi demi kestabilan negara di samping menamatkan Gelombang Hijau yang dibawa Perikatan Nasional (PN) khususnya di Pantai Timur.

“Kita tahu gelombang ini telah terlekat di minda anak muda kononnya Islam terancam di bawah kerajaan Perpaduan, akhirnya orang Melayu terpengaruh dengan sentimen dimainkan mereka selama ini,” katanya.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) akan memastikan 2,000 pengundli akan keluar mengundi calon BN sekali gus memberi satu isyarat awal bahawa kerusi Pelangai dapat dipertahankan dalam PRK itu.

“Kami PH terhutang budi kepada BN kerana mereka berkerja kuat untuk kemenangan Pulai dan Simpang Jeram sehingga kita meraih majoriti besar. Oleh itu PH bekerja kuat di Pelangai demi kemenangan parti kerajaan Perpaduan,” katanya. Utusan

Terpengaruh pentadbiran bertukar punca penjawat awam tidak sokong kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker