Puad Zarkashi cabar Muhyiddin adakan sidang Parlimen ‘bukti kekuatan’ selepas darurat tamat


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mencabar Muhyiddin Yassin mengadakan sidang Parlimen selepas tempoh darurat tamat pada Ogos nanti bagi melihat sama ada perdana menteri itu masih mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen atau sebaliknya.

Cabaran itu dibuat ketika populariti dan jumlah sokongan kepada Muhyididin sebagai perdana menteri dipersoal.

“Apakah selepas Ogos, Agong akan beri perkenan supaya darurat disambung? Komen-komen negatif terhadap Muhyiddin dalam Facebook Istana Negara dedah Muhyiddin bukan perdana menteri popular.

“Parlimen mesti bersidang semula selepas Ogos. Beranikah Muhyiddin masuk Parlimen dengan sokongan 107 Ahli Parlimen sahaja. Ada berani?”kata Puad menerusi kenyataan di Facebook.



Katanya, Muhyiddin sedar beliau sudah hilang majoriti selepas dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Nazri Aziz (Padang Rengas), Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) menarik sokangan kepada presiden PPBM itu sebagai perdana menteri.

“Dia (Muhyiddin) ada 109 sokongan sahaja apabila Jazlan dan Nazri tarik balik sokongan,”katanya.

Jelas Puad, keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri sekali lagi tercabar apabila 115 Ahli Parlimen dikatakan telah menghantar surat kepada Agong supaya sidang khas Parlimen diadakan ketika perlaksanaan darurat.



”Kalau 115 bermakna yang menyokong perdana menteri cuma tinggal 107. Cukup jelas Muhyiddin jadi perdana menteri dengan ehsan darurat,” katanya.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sebelum ini mendakwa seramai 114 hingga 115 Ahli Parlimen bersetuju sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi beberapa hari selepas kerajaan Muhyiddin memohon darurat dilaksanakan 12 Jan lalu.

Terbaru, ramai pengguna media sosial menghantar komen-komen negatif dan berbaur sindiran ketika Muhyiddin melawat Jakarta pada 4 Jan lalu.

Mereka juga meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap kerajaan Perikatan Nasional serta Muhyiddin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19. FMT



145 ketua bahagian UMNO tolak kerjasama dengan PPBM? Bukan rahsia lagi, kata Puad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker