Wanita bersama bayi letupkan diri di Tunisia

Gambar Hiasan

TUNIS: Seorang suspek pengganas warga asing meletupkan diri bersama bayi perempuannya menggunakan bahan peledak yang dipasang pada tali pinggang, dekat tengah Tunisia.

Kementerian Dalam Negeri Tunisia, yang mengesahkan perkara itu, menjelaskan bayi yang dikendong itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai seorang lagi anaknya, cedera.

“Seorang lagi kanak-kanak perempuan kecil tercedera dalam letupan di kawasan pedalaman Gunung Selloum, Kasserine dekat sempadan Algeria,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian itu turut mendedahkan bahawa pengawal kebangsaan dan unit tentera, pada hari yang sama, menembak mati Hamdi Dhouib, ahli kanan Jund al-Khalifa yang dikaitkan dengan Daesh, di Gunung Mghila, Kasserine.

Wanita Bunuh Remaja Hamil & Potong Bayi Dari Rahim

Tunisa berdepan beberapa serangan pengganas selepas gerakan revolusi yang tercetus pada 2011, menyaksikan anggota keselamatan, orang awam dan pelancong asing terbunuh.

Keadaan yang semakin meruncing menyaksikan darurat dikuatkuasa dua kali setahun, sejak serangan maut disyaki didalangi Daesh pada 2015, menyasarkan bas membawa pengawal presiden. – AFP

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker