Sikap ego, sombong mungkin akan tumbangkan UMNO pada PRU15

UMNO tidak berubah, terus pertahan pemimpin terpalit skandal

UMNO ibarat meletakkan kedudukannya seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya bertanding secara bersendirian pada PRU15.

PRU14 memperlihatkan UMNO tumbang apabila berseorangan berhadapan dengan perpecahan undi tiga penjuru – meskipun benar parti itu memenangi banyak kerusi dan mempunyai akar umbi yang ramai.

Antara faktor utama pengundi menolak UMNO adalah kerana skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan beberapa pertuduhan salah guna kuasa melibatkan pemimpin parti.

Pemerhati politik, Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz berkata, persepsi ini masih belum berjaya dibersihkan oleh UMNO selagi masih mengekalkan pemimpin yang sama.

Katanya, walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah tidak menjadi Presiden, tetapi beliau masih lagi mendapat sokongan UMNO begitu juga Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan sama.

“Selain itu, sikap UMNO yang sombong dan ego walaupun bersama dengan rakan strategik politik. Ini adalah sikap lama dalam UMNO yang masih wujud dan berdarah daging.

Sukar satukan parti Melayu Islam – Prof. Ridhuan Tee

“Ini jelas berlaku apabila UMNO menjemput rakan Muafakat Nasional, PAS ke PAU 2020 tetapi dalam masa yang sama pimpinan UMNO termasuk Ketua Pemuda dan Presiden memberi sindiran tajam seperti ingin menghukum PAS dalam gelanggang mereka.

“Tanpa memberi sedikit pun kredit kepada PAS, adakah UMNO masih berharap PAS akan memilih UMNO untuk PRU-15? Sikap ego dan sombong inilah yang dibenci oleh rakyat dan menjadi punca UMNO ditolak pada PRU14,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Ibrahim yakin UMNO akan ditolak pengundi kerana hala tuju parti yang tidak tetap.

Perkara itu dapat dilihat apabila tiada perancangan atau jangka masa yang ditetapkan untuk menteri-menteri UMNO meletakkan jawatan susulan keputusan menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Begitu juga kerjasama dengan parti-parti politik di Sarawak dan Sabah dan status kerajaan negeri yang dibentuk oleh PN?

“Bagaimana mungkin menteri dan exco UMNO mahu melaksanakan agenda kerajaan PN tapi dalam masa yang sama merancang strategi untuk berhadapan dengan PN pada PRU15?,” soalnya.

Sebelum ini, UMNO menegaskan pendirian parti itu menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu pada PRU15.

Ahmad Zahid juga berkata, BN sudah memutuskan untuk menghadapi PRU15 secara bersendirian.

https://mykmu.net/2018/01/04/ego-mahathir-sudah-terlalu-besar-untuk-rakyat-terima/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker