PAS tidak akan keluar Muafakat Nasional

PAS tidak menolak kerjasama dengan UMNO di bawah gagasan Muafakat Nasional (MN), sebaliknya hanya menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal MN.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini yang menyentuh soal kerjasama di bawah Perikatan Nasional (PN) dan juga MN.

“Bukan (PAS tolak atau mahu keluar Muafakat Nasional). Pendirian kita masih jelas memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional dan juga apa sahaja agenda yang berada di sebalik tertubuhnya Muafakat Nasional.

“Apa yang dimaksudkan presiden ialah PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional, hanya merujuk kepada apa saja cubaan untuk memecahbelahkan ummah,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Jika mahu menteri UMNO letak jawatan, Presiden diminta berundur – Pemuda UMNO Pontian

Beliau berkata, MN didirikan atas piagam Muafakat Nasional dengan matlamat dan objektif yang jelas.

“Jadi asas kepada Muafakat Nasional (adalah) perpaduan. Apa sahaja perkara menjurus kepada perpecahan maka ia sudah melanggar piagam Muafakat Nasional, itu maksudnya,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, PN bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti. 

Katanya, PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat MN yang asal.

Kita bukan junta, Tok Mat bidas pindaan boleh guna dana kerajaan tanpa kelulusan Parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker