Polis Malaysia dan kerajaan Korea Selatan rampas dadah bernilai RM20 bilion

Sebaran :


Pihak pendakwa raya Korea Selatan berjaya menumpaskan kartel dadah antarabangsa dan menjejaki kemudahan pembuatan dadah dengan kerjasama polis Malaysia, lapor agensi berita Yonhap hari ini.

Pejabat Pendakwa Tertinggi (SPO) berkata, pihaknya dengan kerjasama pejabat kastam telah menyita 16.4 kilogram (kg) metamfetamin yang dihantar ke Korea Selatan dari Malaysia pada Januari hingga Mac.

Pihaknya turut berkongsi maklumat jenayah dan kaedah penyeludupan dadah dengan polis Kuala Lumpur.

Hasil risikan, polis Malaysia telah menahan 13 anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Mereka turut merampas dadah terlarang bernilai 5.42 bilion won (RM19.87 bilion) meliputi 64 kg ketamin dan 12.2 kg metamfetamin serta peralatan memproses dadah.

Selain itu, antara langkah lain dalam usaha menjayakan kempen anti-pemerdagangan dadah, SPO turut melakukan siasatan bersama dengan Thailand di samping merancang untuk memperkuat kerjasama dengan pihak berkuasa siasatan Laos untuk menyekat perdagangan dadah ke Korea. Agensi


Sebaran :

Leave a Reply