[VIDEO] Test Market…Lelaki Duduk Tepi Jalan Cuba Bagi Orang Duit..Peratikan Respon Mereka.. “Muka Tak Malu…”

Apabila melihat orang gelandangan duduk di tepi jalan untuk meminta sedekah, segelintir individu akan menghulurkan wang, sementara segelintir lagi akan secara automatik menjauhkan diri atau buat tidak tahu.

Isu gelandangan juga merupakan salah satu masalah besar di negara maju seperti Amerika Syarikat, namun reaksi penduduk negara itu apabila berdepan dengan gelandangan tiada bezanya.

Ada yang baik hati untuk membantu, namun kebanyakkannya menganggap orang gelandangan sebagai menganggu ketenteraman mereka.

Perkara ini dibuktikan oleh seorang pengguna TikTok apabila dia sengaja duduk di tepi jalan sambil menghulurkan topinya kepada orang yang lalu lalang.
@ricemantv

would you even notice this homeless guy was clearly offering you money? #socialexperiment #homeless #money

♬ original sound – Riceman

Walaupun dia tidak meminta duit dari mereka, orang-orang awam secara automatik cuba menjauhkan diri dan melayannya seperti peminta sedekah.

Dalam video yang tular, lelaki berkenaan duduk sambil menghulurkan topinya yang mana di dalamnya terdapat wang.

Daripada meminta duit dari orang lain, lelaki itu sebenarnya menyuruh orang mengambil duit darinya. Namun semua orang yang ditegurnya memberi alasan bahawa mereka tiada duit dan terus beredar tanpa langsung mendengar apa yang lelaki itu sebenarnya katakan.

“Tiada siapa yang mendengar dan terus membuat andaian…”

Me muka tak malu akan ambil…”

“Mendengar adalah sama penting dengan membaca…”

HCL

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker