Lakukan seks dalam bangunan Parlimen

 

SYDNEY: Imej Australia yang ditadbir oleh Scott Morrison semakin buruk apabila sebuah video yang memaparkan adegan seks melibatkan ahli Parlimen tersebar dalam media sosial.

Rakaman video dan gambar itu didakwa dikongsikan dalam kumpulan perbualan staf kerajaaan sebelum dibocorkan oleh pemberi maklumat serta kali pertama didedahkan oleh akhbar The Australian dan Channel 10.



Penyebar maklumat yang dikenali sebagai Tom memberitahu, kakitangan kerajaan dan ahli Parlimen kerap menggunakan bilik beribadat di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan seks dan pekerja seks turut dibawa ke premis itu bagi ‘menghiburkan’ mereka.

Katanya, kumpulan pekerja itu secara rutin saling bertukar gambar tidak senonoh, malah, dia juga menerima banyak gambar tersebut.

Menurutnya lagi, terdapat budaya pekerja lelaki yang berfikir mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu sedangkan jelas perbuatan itu mencabul undang-undang.

Amelia dah biasa dilabel seksi



Menteri Wanita, Marise Payne berkata, pendedahan itu sangat mengecewakan dan beliau mahu kerajaan menetapkan budaya di tempat kerja.

Pendedahan seks itu mendorong Senator Pribumi, Lidia Thorpe mendedahkan gangguan seksual oleh empat ahli politik lelaki sejak beliau memegang jawatan itu enam bulan lalu.

“Mereka adalah lelaki yang menulis undang-undang, lelaki yang sepatutnya mempunyai kefahaman lebih baik.  Apa yang mereka lakukan sangat teruk dan saya rasa sakit dengan isu ini,” katanya.



Parlimen Australia berulang kali dikritik kerana budaya tempat kerja ‘toksik’ yang menyaksikan banyak kes buli, gangguan dan serangan seksual terhadap kakitangan wanita terus berlaku.

Skandal terbesar itu merunsingkan Perdana Menteri kerana sebelum ini seorang penasihat kerajaan wanita mendakwa dirogol oleh rakan sekerjanya yang ternyata tidak bermaruah dan sangat memalukan. – AFP

Lelaki masih berdepan kes seks luar tabii di mahkamah syariah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker