Amelia dah biasa dilabel seksi


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Amelia Handerson, enggan terus ambil peduli dengan persoalan seksi dan pelat yang sering dikaitkan dengannya sejak dari dahulu lagi.

Amelia, 26, berkata dia sentiasa menyedari bahawa dua perkara itu takkan pernah jauh daripada dirinya kerana ‘label’ itu sudah sinonim agak lama.

“Saya memang tak peduli sangat apa yang orang nak kata mengenai saya, terutama membabitkan dua perkara iaitu pelat dan seksi sebab memang takkan pernah jauh dari dalam diri.

“Ia sudah sangat biasa pun. Jadi, kalau masih ramai lagi yang rasa saya tetap seksi. Terima kasih,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas tahap penguasaan bahasa Melayu, Amelia berkata dia sudah semakin fasih. Malah, katanya ia tidak perlu terus dipersoalkan atau menjadi tanda tanya.

“Kadang-kadang, saya sebenarnya rasa tak puas hati juga apabila sering ditanya mengenai pelat bahasa Melayu ini. Bagi saya, tahap percakapan ketika ini sudah makin baik dan fasih.

“Ditambah lagi, saya pun sudah banyak berlakon drama Melayu. Bahkan, sebenarnya ketika di belakang tabir pun saya selalu belajar betulkan sebutan bahasa Melayu.

“Apapun, sekarang pelat sebutan rasanya sudah tak ada sebab saya kini terima banyak juga projek berlakon yang skrip dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi, saya sendiri yakin sudah fasih,” katanya.

Amelia yang sebelum ini dilihat banyak juga membintangi drama air mata, bagaimanapun muncul dengan drama Romantika 4 Hari 3 Malam di TV3, baru-baru ini.

Melakonkan watak seorang wartawan majalah, Amelia berkata untuk merealisasikan karekter itu wajar untuk dia fasih dan faham dengan bahasa Melayu. Apapun, katanya dia sudah membuat terbaik.

Amelia menceburi bidang seni sejak berusia setahun dengan berlakon iklan TV. Ketika usianya 12 tahun, dia aktif dalam teater menerusi pementasan The King and I serta Peter Pan di Istana Budaya (IB) pada 2007. HM

Pelakon ‘Mat Saleh’ Johan Abdullah Hidap Angin Ahmar Mohon Bantuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker