PAU2020: 'Kalau anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri' - Zahid Hamidi — MYKMU.NET

PAU2020: ‘Kalau anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri’ – Zahid Hamidi



Sebaran :


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar seorang pemimpin UMNO yang juga menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar meletak jawatan kerana disifatkan sebagai makhluk perosak parti itu.

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020), Ahmad Zahid mengingatkan individu berkenaan yang tidak disebut namanya, bahawa jawatan yang disandang itu disebabkan oleh UMNO.

“Kita duduk sebagai menteri kerana parti meletakkan jawatan itu, jika ada di kalangan mereka telah seronok berada di bilik hawa dingin dan kerusi empuk… lihat dan harus tahu mereka berada di sana (kerana UMNO), termasuk seseorang menjadi menteri tetapi tidak ada disini, tetapi menikam UMNO.



“Kalau dia anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri, ini makhluk perosak,” kata Ahmad Zahid.

Tambahnya, pemimpin UMNO perlu mencontohi semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya yakin rakan-rakan menjadi menteri atau di bawah, mereka adalah ahli parti pendukung parti… orang setia pada parti.



“Kita lihat contoh Ahli Parlimen Pekan, ‘malu apa bossku’, duduk di atas atau bawah tetap pendukung kuat parti.
“Semangat yang beginilah harus kita kagumi… kalau ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, yang mendukung beliau adalah kita semua,” jelas Presiden UMNO itu lagi.

Justeru, katanya pemimpin yang telah menerima sokongan daripada akar umbi perlu membalas budi dengan menunjukkan sokongan dan kesetiaan kepada UMNO. Awani


Sebaran :


Leave a Reply