Jangan bisu jika tak mahu lepas jawatan, Najib tegur pemimpin Umno

PETALING JAYA: Ahli Umno dalam kerajaan didesak jangan membisu ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin membuat keputusan “tidak masuk akal” jika tak mahu melepaskan jawatan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib berkata walaupun Majlis Kerja Tertinggi Umno belum secara rasmi memutuskan untuk menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional dan mengarahkan ahlinya letak jawatan, mereka perlu bersuara apabila pentadbiran Muhyiddin membuat keputusan yang merugikan rakyat.

“Jika keputusan menteri Umno tidak letak jawatan adalah untuk bertanggungjawab kepada rakyat agar imej Umno tidak tercalar maka ada keperluan untuk mereka tidak lagi membisu apabila kerajaan membuat keputusan tak masuk akal yang jelas membelakangi atau merugikan rakyat,” katanya di Facebook.

Beliau menyenaraikan beberapa keputusan kerajaan yang perlu disuarakan ahli Umno dalam kerajaan, antaranya Parlimen tidak bersidang semasa darurat; menangguhkan Undi-18 ke Sept 2022; dan ordinan mengejut yang mengetepikan kelulusan Parlimen berkait perbelanjaan kerajaan.

Beliau turut tidak berpuas hati tentang pembatalan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura, yang menyebabkan kerajaan perlu membayar pampasan RM320 juta; dan penjualan syarikat semikonduktor terbesar Malaysia kepada syarikat gabungan 60-40 syarikat tempatan dan syarikat China, pada harga RM273 juta.

Annuar Musa mulakan kempen pemilihan UMNO ?

“Duit dari penjualan ini tak cukup pun untuk membiayai kos pampasan RM320 juta kepada Singapura,” dakwanya.

Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020), baru-baru ini memutuskan untuk tidak lagi menyokong kerajaan PN, dan terdapat gesaan kepada ahlinya dalam Jemaah Menteri supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican, semalam berkata menteri Umno enggan melepaskan jawatan serta-merta kerana tidak mahu menjejaskan nama baik parti, selain masih banyak tugas dan tanggungjawab diamanahkan yang belum dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga menjelaskan usul yang diluluskan dalam PAU2020 pada Ahad lalu juga tidak menyatakan menteri Umno meletak jawatan serta-merta.

 

Antara UMNO atau Bersatu, Pas pilih yang kurang mudarat jika terpaksa – Murshidul AM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker