PEMBELA bertemu Pengerusi DBP bincang isu kalimah Allah

Turut rancang perjumpaan dengan Jabatan Peguam Negara

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan bagi berbincang mengenai isu Kalimah Allah.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pertemuan itu bagi menyampaikan kegusaran rakyat berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah dan beberapa istilah lain seperti Baitullah, Kaabah dan Solat oleh agama lain terutamanya pihak gereja dan Kristian.

“Kita berharap pihak DBP yang merupakan badan berautoriti kerajaan terhadap segala komponen dalam Bahasa Melayu mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini untuk menyelesaikan segala pertikaian yang timbul.

“Ini merupakan pelaksanaan resolusi ke-5 daripada kesemua 6 Resolusi Persidangan Badan Bukan Kerajaan (NGO-NGO) Islam bagi Kes Kalimah Allah 2.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



PAU 2020: Hubungan UMNO-PAS tidak wajar disamakan dengan UMNO-Bersatu – Saarani

Haji Aminuddin berkata, pihaknya ketika ini sedang dalam perancangan melakukan perjumpaan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membincangkan isu sama.

Bagaimanapun, katanya, tarikh perjumpaan itu masih belum dimuktamadkan lagi.



Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Dalam keputusan itu, tiga perkataan Arab yang lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat turut mendapat kebenaran untuk digunakan.

Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia pada 15 Mac lalu mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan melalui notis rayuan yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Jika PAS berjiwa besar untuk terima Amanah, UMNO akan cuba terima Bersatu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker