Tindakan berani cucu selamatkan nenek daripada kebakaran

HULU TERENGGANU – Tindakan pantas seorang budak perempuan berjaya menyelamatkan diri dan neneknya berusia 70 tahun dari rumah dua tingkat didiami mereka yang sedang marak terbakar di Taman Indah Sari, Kuala Berang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, Nor Balqis Azlan,10, memimpin neneknya, Wan Fatimah Tun Harun, 70, untuk menyelamatkan diri mereka menerusi pintu belakang rumah.

Murid tahun empat sebuah sekolah rendah di sini itu berkata, dia terdengar bunyi letupan dan terbau asap sewaktu sedang melayari media sosial menerusi telefon pintarnya.



“Saya tidak fikir panjang terus mengajak nenek terus keluar dari pintu belakang rumah dan menuju ke rumah jiran bersebelahan.

“Waktu itu baru kami perasan kepulan asap tebal dari bahagian bilik tingkat atas rumah kami,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Nor Balqis berkata, kebakaran itu kemudiannya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohd. berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tentang kebakaran tersebut.



Beliau berkata, api kebakaran di premis dua tingkat berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 6.25 petang.

“Sebanyak 60 peratus dari rumah itu telah musnah terbakar. Punca kebakaran masih disiasat dan jumlah kerugian sedang ditaksir,” katanya.-K

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker