Calar imej parti jika letak jawatan sekarang, kata Reezal Merican

PUTRAJAYA: Menteri dari Umno enggan melepaskan jawatan serta-merta kerana tidak mahu menjejaskan nama baik parti, selain masih banyak tugas dan tanggungjawab diamanahkan yang belum dilaksanakan sepenuhnya.

Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican, menjelaskan usul diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada Ahad lalu juga tidak menyatakan supaya menteri meletak jawatan sebagai anggota Kabinet kerajaan PN serta-merta.

Selain itu Reezal Merican berkata semua menteri Umno yang dilantik sebagai anggota Kabinet PN juga sedang berjuang membantu rakyat dan negara menerusi pelbagai program secara terus.

Beliau memberi sebagai contoh Menteri Luar Hishamuddin Hussein dengan jalinan hubungan dengan negara luar selain Menteri Sains dan Inovasi Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Adham Baba yang memainkan peranan penting dalam program imunisasi dan menangani wabak Covid-19.

Malah, katanya beliau sendiri juga terpaksa meneliti masalah isu sukan dan pengangguran dalam kalangan golongan belia.

“Semua tugas dan tanggungjawab kami masih tiada kesudahan dan perlu dilaksanakan serta diutamakan.

Jika PAS berjiwa besar untuk terima Amanah, UMNO akan cuba terima Bersatu

“Akhirnya kalau kami abaikan tugas dan tanggungjawab diberikan ia akan memburukkan nama parti Umno,” katanya pada sidang media di Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut Reezal berkata tindakan meletak jawatan akan menampakkan bahawa menteri Umno tidak bertanggungjawab.

“Oleh itu tindakan kami tidak meletakkan jawatan serta-merta adalah untuk pastikan tanggapan baik rakyat kepada parti Umno. Jadi tidak timbul soal perlu atau tidak kami letak jawatan sekarang,” katanya.

Justeru, Reezal Merican berkata beliau bersyukur kerana Muhyiddin memahami perkara itu.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin dalam sidang media berasingan menegaskan akan terus memberi fokus kepada tugasnya dalam kerajaan selagi Umno belum membuat apa-apa keputusan berhubung peletakan jawatan menteri daripada parti berkenaan.

Ahli Parlimen Rembau itu, berkata kesemua pemimpin Umno masih terikat dengan pendirian dan keputusan parti itu.

“Selagi parti tidak buat apa-apa keputusan kita fokus tugas kepada kerajaan.

“Sebab itu kita harap Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat keputusan bijak dan waras,” katanya.

Aneh bila PM pujuk menteri UMNO kekal dalam Kabinet – Anwar Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker