Ingatan Zaleha Hamid makin pulih

Ingatan Zaleha Hamid makin pulih

Selepas diserang angin ahmar pada akhir 2019, penyanyi dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid, 65, masih terlantar di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Uda Utama, Johor Bahru, Johor.

Namun, kesihatan penyanyi yang juga terkenal dengan lagu berkonsep Melayu Deli dan irama Hindustan itu, dilaporkan bertambah baik.



Suami Zaleha, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 56, berkata isterinya sudah boleh berkomunikasi, makan, minum dan membuang air kecil tanpa menggunakan tiub.

Ungku Sulaiman yang berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan demi menjaga isterinya, bersyukur Zaleha beransur sihat biarpun sudah dua tahun, terlantar.

“Alhamdulillah, isteri saya sihat walafiat. Cuma dia masih terlantar berikutan angin ahmar. Isteri tiada kekuatan bergerak, walaupun ototnya sudah kembali pulih.

“Isteri mengadu sakit apabila hendak bangun. Isteri juga sudah boleh bercakap dan berkomunikasi selepas setahun, cuma dia tidak fokus apabila bertutur.



“Namun, ingatannya sudah bertambah baik. Apabila kami bertanya, dia boleh ingat. Saya pun dia ingat… Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online.

Tambah Ungku Sulaiman dia mengambil tugas suri rumah dengan memasak, membeli barang dapur dan sebagainya.

“Hendak buat bagaimana? Saya perlu ambil alih tugas isteri melakukan semua itu. Tetapi saya juga mendapat bantuan daripada anak bongsu, Ungku Nor Muhammad Daniel yang tinggal bersama kami,” katanya.

Ungku Sulaiman berkata, selain memberi makan dan menjaga kebersihan isteri, mereka dua beranak selalu melakukan senaman iaitu menggerakkan tangan dan kaki Zaleha agar isterinya cepat pulih.



“Memang sedih tengok keadaan isteri. Saya sangat berharap untuk dia kembali bangkit seperti sedia kala tetapi agak sukar kerana dia hendak bergerak pun sakit.

“Namun, saya lega melihat badan isteri kembali berisi selepas ada selera makan,” katanya.

Ungku Sulaiman juga bersyukur masih ada pihak yang prihatin dengan nasibnya sekeluarga.

“Alhamdulillah… Kami masih terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor. Kami terima RM500 setiap bulan.



“Kami berbelanja ikut keperluan. Anak sulung kami, Ungku Chik yang kini bekerja di Kedah ada mengirim belanja setiap bulan. Insya-Allah cukup

“Lagipun ubat-ubatan isteri tidak perlu dibeli lagi. Atas nasihat doktor, isteri perlu makan ubat saraf dan menggunakan lampin pakai buang,” katanya.

Zaleha dipercayai mendapat serangan angin ahmar selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Johor Bahru pada 23 Disember 2019. BH

Ingatan Zaleha Hamid makin pulih




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)



Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker