Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Tragedi Letupan Putra Heights KUSEL Dan MBSJ Di Audit

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Kejadian letupan paip gas di Putra Heights pada Hari Raya Aidilfitri kedua sangat mengejutkan dan menyedihkan kita semua.

Ketika seluruh umat Islam di Malaysia bergembira dengan hari kemenangan melawan nafsu, penduduk sekitar kawasan kejadian ditimpa bencana yang mendambakan kesabaran.

Rumah yang mereka diami selama lebih 2 dekad musnah sekelip mata.

Kerugian yang ditanggung menjangkau jutaan ringgit.

Lebih 400 keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Bencana, lebih 100 orang dikejarkan ke hospital kelecuran.

Kelecuran bukan kerana dibakar api, tetapi kelecuran akibat dari kepanasan yang melampau.

Sayu hati melihat keadaan mereka.

Ketika umat Islam sedang bergembira menikmati juadah Hari Raya bersama keluarga, mereka hanya mampu menitiskan airmata melihat kemusnahan harta benda milik mereka.

Pihak Yang Bertanggungjawab Mesti Di Ambil Tindakan Tegas

Tragedi Letupan Putra Heights KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Banyak spekulasi dan teori konspirasi berlegar di media sosial mengenai siapa yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Ada juga pihak yang cuba mempolitikkannya.

Pada pandangan penulis, ini adalah berkaitan dengan nyawa dan keselamatan rakyat marhaen.

Yang menjadi tanggungjawab utama kerajaan, walau dari parti politik mana sekali pun.

Sebelum itu, perlu kita fahami apakah kerja pembinaan yang sedang dijalankan di situ.

Kerja pembinaan utama yang dijalankan adalah projek pembinaan 19 unit rumah kedai 7 tingkat.

Yang telah diberikan kepada syarikat Hong Hong Homes Sdn Bhd.

Dan kerja pembinaan yang kedua adalah kerja pembaikan paip pembentungan di kawasan pembinaan tersebut.

Selaku pemaju utama projek permbinaan, Hong Hong Homes Sdn Bhd telah melantik Pinterest Ventures Sdn Bhd untuk kerja pembaikan paip pembentungan.

Kerja pembaikan paip pembentungan inilah yang dipercayai telah menyebabkan kebocoran paip gas milik Petronas Gas.

Di mana akhirnya menyebabkan tragedi letupan tersebut.

Ada beberapa persoalan pokok yang utama yang perlu dirungkaikan dalam siasatan pihak berkuasa:

  • Permit kerja yang diluluskan untuk kerja pembaikan paip pembentungan adalah dari 8 Oktober 2024 hingga 8 Januari 2025 – mengapakah kerja pembaikan paip di benarkan selepas tempoh permit habis?
  • Adakah lanjutan tempoh permit telah diberikan dan siapakah sera atas alasan apakah ianya diberikan?

Benarkah Syarikat Yang Di Lantik Adalah Syarikat Yang Di Senarai Hitam Oleh CIDB?

 

The Malaysia Corperate melaporkan, syarikat Pinterest Ventures Sdn Bhd telah 3 kali disenarai hitamkan oleh CIDB.

Persoalannya adalah, mengapakah Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) sebagai badan penyelaras projek utiliti di Selangor serta MBSJ sebagai PBT yang memberikan kelulusan, melantik syarikat yang telah 3 kali di senarai hitam?

Bukankah setiap permohonan MESTI disertakan dengan 2 set salinan sijil CIDB?

Apakah KUSEL dan MBSJ tidak membuat semakan dengan CIDB?

 

Ekoran dari itu, selepas hari kedua tragedi tersebut, KUSEL dan MBSJ telah diserbu oleh sekumpulan juruaudit.

Kita menyambut baik kenyataan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

KUSEL sebagai sebuah badan yang diperbadankan di bawah pejabat Menteri Besar akan berikan kerjasama sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, mengapakah bukan pihak polis atau SPRM yang melakukan audit tersebut?

Tidak mungkin pihak polis atau SPRM tidak memounyai kepakaran untuk melakukan audit forensik.

Penulis tidak mahu terjebak dengan spekulasi yang mendahului siasatan pihak berkuasa.

Namun penulis berharap siasatan menyeluruh akan dilakukan dengan telus dan tidak ada yang disembunyikan.

Dan laporan penuh siasatan lengkap mestilah didedahkan kepada umum kerana ini adalah berkaitan dengan keselamatan dan nyawa rakyat.

Jangan diperdagangkan keselamatan dan nyawa rakyat untuk talian hayat pihak tertentu.

 

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker