Bukan Sekadar Bergelar Jutawan,” Ini 10 Fakta Menarik Neelofa Yang Tak Ramai Tahu


Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli, Neelofa dan Hariz yang selamat diijabkabul pada pagi
Sabtu, 27 Mac 2021.

Meskipun tidak diumumkan terlebih dahulu tarikh pernikahan mereka, namun ia tidak menghalang kisah pernikahan mereka menjadi trending di segenap laman sosial samada Facebook, Twitter mahupun Instagram. Mungkin layak digelar Wedding of The Year.

Ramai terpaksa akui betapa kuat aura pasangan ini, apatah lagi dengan status Neelofa yang bertaraf bintang dan popular.

Selain seorang jelitawan yang bertaraf jutawan, tidak ramai yang tahu siapa sebenarnya isteri kepada Haris Ismail ini.

Berikut adalah biodata dan 10 fakta menarik mengenai Neelofa yang digarap semula penulis Limauais/ Lawak Siot.

Profil dan biodata Menarik

Noor Neelofa binti Mohd Noor dilahirkan pada 10 Februari 1989, dikenali sebagai seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan berjaya.

Berketinggian 1.57 meter dan berat 47 kilogram, Neelofa adalah anak ketiga daripada sembilan adik-beradik (lima adik-beradik berlainan bapa).

Merupakan anak jati Pasir Mas, Kelantan, bapanya berketurunan Melayu dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berdrah peranakan Pakistan dan Arab.

Fakta menarik

1) Bapa kandung Neelofa, Mohd Noor telah bercerai dengan ibunya ketika dia masih kecil dan Neelofa telah dijaga ibunya yang menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai.

2) Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

3) Kecantikan Neelofa adalah semulajadi dan asli. Malah sejak zaman persekolahan kecantikannya jadi bualan pelajar-pelajar lelaki. Salah seorang bekas pelajar MRSM pernah mengakui perkara itu.

” Masa hari daftar belajar kat situ semua orang duk cakap-cakap ada junior lawa. Pergi tengok sendiri, memang lawa Neelofa tu”

Malah budak-budak ex MRSM ni siap berkongsi lagi kisah semasa Neelofa belajar di situ. Menurut mereka, Neelofa ni siap jadi sebutan ramai lagi oleh kerana kecantikannya.

4) Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universiti Sunway (kini dikenali sebagai Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

5) Ketika darjah 6 Neelofa dilantik menjadi ketua pengawas. Beliau sering markah A dalam semua mata pelajaran. Adiknya, Atisha mendedahkan kakaknya itu pernah menangis apabila mendapat markah B.

6) Beliau ialah sepupu kepada cef selebriti, Adam Didam yang meninggI dnia pada 19 Mei 2019.

7) Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawati sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.

8) Menang pelbagai anugerah antaranya Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.

9) Ketika berusia 26 tahun, Neelofa digelar jutawan muda apabila jenama tudungnya, Naelofar Hijab meraih jualan RM50 juta dan tersenarai dalam senarai Wanita Terkaya Asia Tenggara Bawah 30 Tahun majalah Forbes!

10) Pada April 2018, dalam episod rancangan MeleTOP kendaliannya, Neelofa mendedahkan beliau pernah tinggal berjiran dengan bomoh terkenal Mona Fandey semasa zaman kanak-kanaknya.

” Rumahnya (Mona Fandey) di Kelantan dekat dengan rumah keluarga saya. Saya ingat lagi keluarga kami pernah makan bersama keluarganya, malah turut mengambil gambar bersama-sama”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker