Jajaran politik baharu selepas PRU-15 seperti ada muslihat – Peja

IPOH: Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding bersendirian dan hanya bersedia untuk menubuhkan jajaran politik baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seperti ada muslihat yang sedang dirancang.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau berharap keputusan itu tidak dibuat atas kepentingan mana-mana pemimpin yang mendambakan jajaran baru sesudah PRU-15.

“Saya berharap pucuk pimpinan BN telah menimbang dengan teliti sebelum membuat keputusan seperti ini.



“Saya amat berharap, keputusan ini tidak dibuat atas kepentingan mana-mana pemimpin yang mendambakan jajaran baru sesudah PRU-15.

Kerajaan perpaduan hanya muslihat Mahathir halang Anwar jadi PM

“Ada pihak yang ternampak seakan-akan suatu muslihat dalam pembikinan dan jika benar, semoga rakyat tidak tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan tidak bekerjasama dengan Bersatu bukan kerana riak dan sombong sebaliknya mahu dominan dalam pembentukan kerajaan.

Beliau juga mengakui bahawa parti itu hanya bersedia untuk menubuhkan jajaran politik baharu selepas PRU-15 dan menegaskan UMNO terbuka untuk melakukan kerjasama selepas PRU-15 dengan mana-mana sahaja pihak untuk membentuk kerajaan

 



Jajaran politik baharu negara, Amaran buat Muhyiddin Yassin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker