Neelofa ❤ PU Riz: Sedia Timang Zuriat Awal, Tiada Istilah Berehat

Pengantin baharu Neelofa tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menimang cahaya mata, sebaliknya bersedia sekiranya diberikan rezeki dalam waktu terdekat.

Selamat diijabkabulkan di hadapan 200 tetamu, Neelofa, 32, atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, dan Muhammad Haris Mohd Ismail, menjelaskan biarlah persoalan mengenai anak diserahkan mengikut ketentuan Allah.

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Allah.

“Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima de­ngan tangan terbuka.

“Harapan saya juga semoga Allah sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina. Semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

NEELOFA dan Haris berpimpin tangan selepas diijab kabul sebagai suami isteri dalam satu majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Mendedahkan detik perkenalan mereka, Neelofa mengakui mula mengenali Haris, 26, pada Jun 2017, namun berhubung semula setahun kemudian.

“Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual de­ngannya, kita boleh bincang banyak hal dan membuatkan saya selesa di sampingnya.

“Dia seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi sekiranya saya menghadapi masalah,” tuturnya.

Bibit-bibit cinta Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama memba­ngunkan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

Sejak itu, Haris dilihat sema­kin kerap mengunjungi kediaman keluarga Neelofa bagi me­nyampaikan kuliah agama.

Wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu kemudian dirisik bekas program realiti Pencetus Ummah pada 1 November lalu.

Selepas bergelar isteri, usahawan yang pernah tersenarai antara 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa itu berkata, tiada istilah cuti dan belum terfikir untuk berehat dalam kerjayanya.

“Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa menguruskan rumah tangga,” katanya.

Sumber: K

Siti Elizad Takut Suami Bosan Belum Ada Rezeki Bagi Zuriat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker