Perlu ada etika sesi ‘live’
Perlu ada etika sesi ‘live’
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mengesyorkan Kementerian Digital mengeluarkan garis panduan pengendalian siaran langsung atau ‘live’ dalam media sosial termasuk saluran podcast agar isu sensitif tidak sewenang-wenangnya menjadi bahan mainan pihak yang terbabit dalam program itu.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, langkah itu penting bagi membendung isu ‘cakap lepas’ menyentuh soal agama, kaum dan institusi diraja demi menjamin keharmonian masyarakat.
“Sesi ‘live’ atau podcast sudah jadi perkara yang dinormalisasikan dalam masyarakat sekarang. Tetapi, pada masa sama, perlu ada garis panduan Kementerian Digital.
“Kalau tiada, itu yang cakap sedap mulut sahaja. Jadi, apabila ada garis panduan, perkara ini boleh dielak. Kalau tidak dibendung, akan lebih banyak kes sama berlaku selepas ini.
“SENIMAN sentiasa menyokong hasrat Menteri Digital jika hendak perkenal garis panduan supaya masalah ini mampu diatasi dan dielak daripada lebih banyak terjadi,” katanya.
Zed mengulas kontroversi dicetuskan pelakon ‘senior’, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang rata-rata meninggalkan isteri di negara asal demi mencari rezeki di Malaysia.
Rakaman sesi podcast atau audio siar berjudul Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke akaun TikTok Suhan Channel itu, pantas tular dan hangat diperkatakan pelayar internet.
Selepas diasak pelbagai pihak sehingga mendapat perhatian agamawan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Rosyam tampil membuat permohonan maaf melalui hantaran video di Instagram (IG), kelmarin.
Melihatkan jumlah pengendali siaran langsung podcast yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, Zed berkata, pihak terbabit perlu bijak dan berhati-hati ketika bersiaran.
“Memang apabila bercakap, seseorang akan teruja dengan topik dibincangkan. Tetapi, kadang-kadang terlupa dengan hal sensitif seperti soal agama.
“Kadang-kadang ada yang teruja untuk beri cadangan ‘luar kotak’. Tetapi kita perlu dilihat lebih bijak dan bukan sebaliknya. Isu yang dibincangkan memang umum, tetapi disebabkan kita negara Islam dan ada adab, maka, kita perlu berwaspada.
“Mungkin perkara atau idea negatif yang dilontar ketika ‘live’ boleh bagi contoh tidak baik kepada generasi baharu yang menontonnya. Sekali lagi diingatkan, usah usik isu sensitif ketika ‘live’,” katanya.
Zed berkata, tidak salah mempromosikan saluran podcast dengan gimik kontroversi, asalkan tidak menyentuh atau mempermainkan isu agama, kaum dan institusi diraja.
Tambahnya, selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai perlu berhati-hati dalam memberi pandangan atau kenyataan selain mematuhi etika berkomunikasi dengan baik.
Kelmarin, Rosyam, 57, tampil membuat permohonan maaf atas kontroversi dicetus.
Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 57, tidak menyangka kenyataan itu akan menjadi tular sehingga disalah erti dan mendapat pelbagai reaksi.
“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dahulu sebab tidak sangka perkara ini jadi viral,” katanya melalui hantaran Instagram (IG).
Rosyam meminta orang ramai menonton video penuh yang dimuat naik di akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.
“Itu sebenarnya untuk program podcast di Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya fikir, baik semua orang, kalau ada masa, pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.
“Terima kasih peka dengan keadaan. Sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya. BH
Perlu ada etika sesi ‘live’
Baca Artikel Menarik:
- 2024 Golden Globe awards winners full list
- Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?
- Haram terima bantuan UMNO, kesan budaya khawarij parti tunggang Islam
- Ustaz maut dihempap pikap dalam nahas ketika tinjau peperiksaan SPM
- Kami belum mandi – Pelajar UMS beritahu Zambry (Video)
- Seleweng dana, bekas PM akan dipanggil SPRM
- Sanusi dakwa dia sasaran sebenar dalam siasatan KFA
- Man On The Run di Netflix subjudis terhadap Najib – peguam
- Bandar Kota Tinggi lumpuh akibat banjir
- Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula
- Sarah jual gummy viral tampung kos pengajian
- Percanggahan dakwaan 120 SD
- Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang [VIDEO]
- Kedai makanan laut ‘cekik darah’ di Pangkor diserbu KPDN [VIDEO]
- Isteri parah ditikam, suami maut terjatuh dari kondo 17 tingkat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)