Neelofa - Biodata dan Latar Belakang — MYKMU.NET

Neelofa – Biodata dan Latar Belakang



Sebaran :

Biodata Neelofa

Nama penuh: Noor Neelofa binti Mohd Noor

Nama popular: Neelofa

Tarikh lahir: 10 Februari 1989



Umur: 31 tahun (2020)

Kelahiran: Pasir Mas, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, ahli perniagaan, model, penulis dan jurucakap produk



Media sosial: Instagram @neelofa

Fakta Menarik

1. Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universiti Sunway (kini dikenali sebagai Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

2. Berketinggian 1.57 meter dan berat 47 kilogram.



3. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik (lima adik-beradik berlainan bapa).

4. Bapanya, Mohd Noor berbangsa Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed merupakan kacukan Pakistan dan Arab.

5. Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai.



6. Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

7. Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawati sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.

Hubungan kami baik dan positif – Neelofa


Sebaran :


Leave a Reply