Kenapa Santhara dibenar kuarantin di rumah, Double Standard? Ini penjelasan Noor Hisham

Sebaran :

 

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara dibenarkan menjalani kuarantin di rumah setelah kembali dari New Zealand setelah Kementerian Kesihatan mendapati perkara itu bersesuaian.

Di bawah prosedur operasi standard (SOP) ketika ini, mereka yang tiba dari luar negara mesti diasingkan di pusat kuarantin yang disediakan seperti hotel.

Ditanya mengapa Santhara diberikan pengecualian, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah merujuk kepada prosedur penilaian risiko oleh kementerian berkenaan.

“Kementerian harus melakukan penilaian risiko terlebih dahulu dan mempertimbangkan semua faktor dan (tempat) kuarantin sebelum memberikan cadangan” katanya.



Menjelaskan kes Santhara, Dr Noor Hisham berkata ahli politik itu telah pulang dari kawasan yang hanya mempunyai sedikit jangkitan Covid-19 dan memiliki rumah yang “sesuai”.

“Di antara pertimbangan (adalah) New Zealand (adalah) negara berisiko rendah (dan) dia memiliki rumah yang sesuai untuk kuarantin ,” jawab Noor Hisham.

Adakah Santhara penduduk tetap New Zealand, tanya Puad

Kenapa bukan saya?

Sementara itu, warga Malaysia, S Mani Vannan mempersoalkan mengapa dia tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah walaupun telah mendapat vaksinasi Covid-19 sepenuhnya.



Juruterbang syarikat penerbangan itu menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kedua pada awal Februari.

Dia mengambil tujuh ujian RT-PCR dan diuji negatif sebelum pulang ke Malaysia pada 23 Februari.

Seperti Santhara, Mani juga pulang dari kawasan yang mempunyai sedikit jangkitan – Singapura.

Mani berkata kepada Malaysiakini bahawa dia telah merayu kepada kementerian “berkali-kali” sejak Dec 2020 tetapi tetap ditolak.



“Bila saya tulis surat kepada mereka, mereka kata tidak, anda tak boleh lakukan kuarantin rumah kerana wajib bagi setiap warganegara dan bukan warganegara Malaysia untuk menjalani kuarantin selama tujuh hingga 10 hari di hotel […]

Timbalan Menteri Wilayah ulang alik ke New Zealand, undang kemarahan rakyat – Najib Razak

“Pertanyaan saya, mengapa anda benarkan Santhara dan bukan saya?” soalnya sambil menambah e-mel terbarunya kepada kementerian mengenai perkara itu masih belum dijawab.

Mani selesai menjalani kuarantin wajib pada 1 Mac dan bertemu kembali dengan ibunya, yang menghidap barah payudara.

Alasannya untuk pulang ke kampung halamannya di Kulai, Johor adalah bagi menjaga ibunya.

Malaysia mewajibkan mereka yang tiba dari luar negara menjalani kuarantin selama 10 hari jika mereka tidak mengambil ujian RT-PCR sebelum berlepas.

Sekiranya mereka mengambil ujian tiga hari sebelum berangkat dan diuji negatif, tempoh kuarantin dipendekkan menjadi tujuh hari.

Santhara mencetuskan kontroversi setelah didedahkan bahawa Ahli Parlimen Segamat itu mengambil cuti selama 55 hari untuk berada di New Zealand bersama keluarganya.

Timbalan menteri itu pulang semula ke tanah air setelah menghabiskan sekitar 86 hari di luar negara.

Perikatan Nasional dikritik kerana dikatakan memberikan layanan istimewa kepada menteri dan ahli politik kerajaan dalam hal berkaitan SOP, menyebabkan ramai menganggapnya sebagai perbezaan “antara dua darjat “.

 

Santhara perlu diekstradisi ke Malaysia jika langgar protokol di New Zealand


Sebaran :

Leave a Reply