Keluarga China Borong Kesemua 20 Unit Kondominium Mewah Di Singapura Pada Harga RM900 Juta


Kesemua 20 unit kondominium mewah di Orchard, Singapura telah dijual kepada seorang pembeli eksklusif yang memborong kesemua unit terbabit pada harga S$ 293 juta atau bersamaan dengan RM900 juta.

Kondominium yang bernama Eden by Swire Properties itu terletak di 2 Draycott park dan setiap unit kondo ini berukuran lebih dari 3,000 kaki persegi (279 meter persegi) – lebih besar daripada ukuran dua flat eksekutif.

Harga kondo ini adalah bermula dengan S$ 4,827 per kaki persegi (RM14,000). Untuk memberi gambaran jelas betapa mahalnya kondo ini, Mothership SG melaporkan bahawa kondo yang terletak berhadapan dengan Eden dijual pada harga S$ 2,379.14 per kaki persegi (RM7,000).

Menurut EdgeProp, 20 unit kondominium terbabit difahamkan telah dibeli oleh seorang keluarga dari China. Tambah laporan itu lagi, Eden ini pada mulanya dijual pada harga S$ 6,000 per kaki persegi (RM16,000). Tetapi dijual kurang pada harga asal disebabkan potongan 20 peratus.

Untuk rekod, kondominium dengan konsep hutan hujan ini adalah direka oleh Thomas Heatherwick dari Heatherwick Studios. Ia diilhamkan oleh visi Singapura sebagai kota dalam taman. Setiap unit dilengkapi dengan kebun tumbuhan tropika yang terletak di bahagian beranda rumah. Vc

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker