Ahli Parlimen Sabah bimbang pendaftaran vaksin di Sabah masih rendah

Bendera Sabah

 

KOTA KINABALU: Seorang ahli Parlimen Sabah bimbang dengan jumlah pendaftaran penduduk negeri itu yang rendah untuk program vaksinasi Covid-19 kebangsaan.

ADUN DAP Kapayan, Jannie Lasimbang berkata Sabah mencatatkan kadar pendaftaran terendah, dalam pada 7 juta orang di seluruh negara telah mendaftar. Sebaliknya, hanya 10.6% rakyat Sabah yang mendaftar, katanya.

“Kini kerajaan sedang mempertimbangkan tarikh akhir pendaftaran pada bulan Jun tahun ini, kadar pendaftaran yang rendah ini menunjukkan ramai lagi rakyat di Sabah akan ketinggalan. Tidak praktikal untuk meletakkan tarikh akhir yang singkat dan mengejut,” katanya.



Lasimbang berkata, kurangnya liputan internet terutama di kawasan luar bandar dan pinggir bandar mungkin punca bilangannya rendah, kerana platform utama untuk mendaftar adalah melalui aplikasi MySejahtera.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan cara lain, selain dari pendaftaran dalam talian atau aplikasi secara langsung.”

Katanya, kerajaan negeri dan kementerian kesihatan perlu lebih berusaha mewujudkan kesedaran bagi mengurangkan rasa takut penduduk Sabah terhadap vaksin itu.

Selain itu, katanya, jawatankuasa kampung dan masyarakat bandar perlu bekerjasama dalam membantu penduduk mendaftar untuk vaksinasi.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker