[VIDEO] Tahniah!! Hanya Sekali Lafaz, Sah! Neelofa dan PU Riz Bergelar Suami Isteri
Seperti tersergam indah tema perkahwinan Jabal Rahmah yang sering dikaitkan percantuman dua jiwa, Neelofa dan Haris akhirnya sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di ibu negara sebentar tadi.
Pasangan itu dinikahkah adik lelaki Neelofa, Mohd. Aqief Mohd. Noor kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki.
Pun begitu, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah mempelai.
Majlis pernikahan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” ujar kedua-dua pasangan suami isteri tersebut dalam satu kenyataan kepada media usai selamat diijabkabulkan.
VIDEO DIBAWAH:-
Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu bapa tirinya, Datuk Halim Khan dan ibunya, Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Tentang detik perkenalan bersama Haris, Neelofa mendedahkan dia mula mengenali Haris sekitar bulan Jun 2017.
“Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek. Selepas kolaborasi tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincang banyak hal dan ia membuatkan saya selesa disampingnya.
“Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah,” tuturnya.
Berkenaan perihal zuriat pula, Neelofa menyerahkan segalanya kepada aturan Allah SWT.
“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.
Dalam dalam pada itu, berkenaan perihal zuriat pula, Neelofa menyerahkan segalanya kepada aturan Allah SWT.
“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.
Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.
Sejak itu, Haris, 26, dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga Neelofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.
Wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu kemudian dirisik bekas peserta program realiti keagamaan, Pencetus Ummah itu pada 1 November tahun lalu.
Bagaimanapun, hubungan pasangan tersebut dikatakan sedikit goyah apabila beberapa ahli keluarga Neelofa bertindak memuat naik pelbagai hantaran berbaur perlian dipercayai ditujukan kepada Haris.
Hujung Januari lalu, Neelofa dalam satu sidang media maya tampil menjelaskan keadaan sebenar hubungannya dengan Haris baik-baik sahaja.
Pada masa sama, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABP29) turut mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE