Indonesia larang rakyat balik kampung sambut Aidilfitri tahun ini

 

JAKARTA: Indonesia mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1442 hijrah, dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

“Larangan mudik akan bermula pada 6 hingga 17 Mei 2021. Masyarakat tidak boleh melakukan pergerakan atau kegiatan-kegiatan ke luar provinsi atau daerah,” kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy pada sidang media menerusi webinar hari ini.

Beliau berkata perincian berhubung larangan itu akan diumumkan pihak polis dan Kementerian Perhubungan (Pengangkutan).

Langgar larangan rentas negeri, kerana teruja sambut Aidilfitri?

Pada tahun lepas, Indonesia turut menguatkuasakan larangan bermudik semasa sambutan Aidilfitri

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat semalam, lebih 1.48 juta dijangkiti Covid-19, dengan 1.31 juta daripadanya sembuh manakala mereka yang maut akibat virus itu kini 40,081 orang

 

Keluarga sayu sambut Aidilfitri tanpa Pak Long

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker