PAU 2020: UMNO mahu kembali ke Putrajaya, Tok Mat Gariskan 3 Perkara Utama

KUALA LUMPUR: Tiga perkara utama perlu dilakukan oleh ahli Umno sekiranya parti Melayu itu berhajat untuk kembali ke tampuk pentadbiran negara, khususnya menang dalam pilihan raya umum ke-15, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Mohamad berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah parti tu tidak boleh lagi terkeliru mengenai siapakah musuhnya yang sebenar.

Beliau berkata, adalah lebih mudah menentang musuh yang nyata berbanding musuh yang tersembunyi.

“Api dalam sekam sifatnya membakar lebih teruk, lebih sakit dan lebih memusnahkan. Umno sepatutnya sudah tahu siapa mereka, walaupun tanpa perlu untuk disebutkan di sini.

“Cuma, beringatlah, musuh kita amatlah licik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memusnahkan kita.

“Kedua, Umno mesti mengurus mereka yang berpura-pura mendukung Umno, tetapi jiwa mereka sebenarnya telah dibeli dengan murah sekali.

PAU 2020: ‘Kuster Menteri’ dan ‘Kluster Mahkamah’ adalah kluster ciptaan ‘Musuh’ UMNO – Ketua Pemuda Umno

“Mereka ini masih memerlukan Umno untuk bernaung, tetapi cinta dan hati mereka sudah kepada orang lain,” katanya di ketika merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2020, di Dewan Merdeka, hari ini.

Katanya, kelompok ini sudah “digelapkan” dengan kesenangan yang bersifat kebendaan.

Beliau berkata, individu yang berpura-pura mendukung Umno ini tidak lebih daripada sekadar tunggangan.

“Apabila parti kuat mereka akan dekat dan apabila parti lemah, mereka akan mengalah.

“Umno ini bukan dayus. Sesiapa yang curang dan khianat, wajar ditinggalkan selama-lamanya.

“Ketiga, Umno mesti menegaskan kembali, bahawa sesiapa yang memusuhi orang Melayu dan Islam adalah musuh Umno.

Bersatu diramal masuk UMNO, sama seperti Semangat46

“Selagi mereka tidak melepasi batas ini, Umno sangat terbuka untuk meneroka segala jalan kerjasama yang ditawarkan,” katanya.

Mohamad berkata, untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, ahli parti perlu bekerja lebih keras dan tidak terlalu asyik dan fokus dengan perbincangan politik di media sosial seperti Whatsapp dan Facebook.

Katanya, perbahasan di media sosial tidak akan membawa Umno ke mana-mana.

Sebaliknya kata beliau, ahli Umno di seluruh negara perlu menyantuni isu-isu berbangkit, menyelesaikan permasalahan serta bebanan dihadapi rakyat.

“Santunilah semua anggota masyarakat. Pengundi dan bukan pengundi Melayu dan bukan Melayu. Santuni semua.

“Ini kerana Umno adalah parti khidmat dan amal bakti untuk semua. Inilah sifir dan formula yang menjadikan kita pemerintah selama 60 tahun, iaitu amal dan usaha kita.

“Kepada ahli yang berada, berkorbanlah dengan berbahagi dan memberi kepada yang memerlukan.

“Kepada yang tidak berpeluang untuk memberi, hulurkan silaturahim dan keringat dalam kerja gotong royong kita kepada masyarakat,” katanya.

PAU 2020: Jangan bicara tentang perpaduan ummah jika sebelum ini ‘mereka’ peluk dan dakap mesra dengan musuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker