Henti tembak sesama sendiri, Shahril beritahu pemimpin Umno


PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menggesa pemimpin parti itu berhenti menyerang sesama sendiri.

“Saya merayu, khususnya kepada ayahanda, berhenti tembak sesama sendiri.

“Bukankah kalian mengajar kami yang betul dan tak betul semua…Dan yang salah, tak salah semua,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno.

Beliau berkata, pemimpin Umno sepatutnya menjayakan agenda parti, bukannya agenda peribadi.

Beliau turut menasihatkan pimpinan Umno berhati-hati ketika membuat kenyataan kerana ia akan memberi kesan besar.

“Ayahanda semua bijaksana, pengalaman dan amat berpengaruh.

“Selagi isu dalaman sesama figura kita tak selesai, selagi kenyataan bercanggah dan mengelirukan di bawah, selagi itu kita sangkut di ‘gear’ dua.”

Beliau turut menggesa pengkhianat dan individu yang curang kepada parti dinamakan dengan “jelas”.

“Siapa mereka? Jangan tembak semberono,” katanya. FMT

UMNO jangan ‘tembak’ sesama sendiri – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker