Kereta terbakar di Lebuh Raya Besraya

Sebaran :


PETALING JAYA – Sebuah kereta pacuan empat roda musnah dalam satu kebakaran di Lebuh Raya Besraya pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan Pegawai Bomba Kanan II, Zafri Ramli berkata, kejadian berlaku di KM 12.2 Lebuh Raya berkenaan pada pukul 8.44 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda model Isuzu DMAX.



“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80 peratus dan kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. K Online


Sebaran :

Leave a Reply