Demi Anak..Netizen Kagum Dengan Rider Ini Setelah Fahami Mesej Di Sebalik Stiker Pada Helmet Beliau…

Sejak pandemik COVID-19 melanda, dapat dilihat kegigihan orang ramai yang berusaha keras dalam mencari rezeki. Situasi ini nampaknya turut menjadi tamparan hebat buat individu yang kehilangan kerja ekoran masalah ekonomi semasa.

Tindakan seorang penghantar makanan di Singapura meletakkan gambar anak-anaknya pada cermin hadapan motosikalnya menyuntik inspirasi buat netizen yang menyifatkan lelaki itu sebagai hero sebenar, lapor portal Mothership semalam.

Terbaharu, tular di Facebook menerusi perkongsian Bart Salleh di mana seorang rider Foodpanda tampil dengan gaya penuh ranggi menerusi motosikal berwarna merah jambu beserta logo kelab bola sepak Arsenal.



Lebih menjadi perhatian ramai sudah pastinya helmet rider ini yang dipenuhi stiker kartun serta stiker besar yang tertulis Dad’s for life. Beliau juga turut menampal gambar anak perempuannya sekaligus membuatkan para netizen kagum serta melabelnya sebagai hero.

“Apabila saya melihat topi keledar tersebut saya tertanya-tanya mengapa dia sanggup memakai topi keledar sedemikian.

“Tetapi akhirnya saya sedar. Terus melangkah.  Moga selamat di luar sana,” ujarnya dalam kapsyen gambar yang dimuat naik pagi kelmarin.



Berikut antara komen netizen mengenai rider hebat ini.

 

Setakat ini, perkongsian lelaki ini sudah berjaya meraih 18 ribu likes dan 16 ribu perkongsian di Facebook. Diharap semoga segala urusan rider ini dipermudahkan dalam menyara keluarganya.

Foto-foto itu mengingatkan sebuah pemandangan dari The Simpsons ketika Homer harus meminta untuk kembali ke loji tenaga nuklear untuk bekerja setelah berhenti dan dia mengingatkan dirinya bahawa dia melakukannya untuk bayi perempuannya yang baru lahir, Maggie.





Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker