Ular sawa dalam mangkuk tandas

Sebaran :


Iskandar Puteri: Ular sawa sepanjang 3.65 meter ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah kediaman di Taman Dato Syed Idris, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba Iskandar Puteri, Mohd Khairi Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.11 petang.

Beliau berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dengan kekuatan seramai tujuh ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ronnie Robert.



Katanya, anggota bomba menggunakan alat penjerut untuk menangkap ular itu.

“Anggota bomba terpaksa memecahkan ruang saluran mangkuk tandas bagi menangkap reptilia berkenaan,” katanya.

Mohd Khairi berkata, reptilia itu kemudiannya dilepaskan di lokasi jauh dari kawasan perumahan. HM

[VIDEO] Lelaki Terkejut Tiba Tiba Ular Tedung Dalam Mangkuk Tandas


Sebaran :

Leave a Reply