AEON tarik balik telur dikesan tercemar di Singapura

 

PETALING JAYA: Rangkaian pasar raya besar AEON menarik balik telur yang dikesan oleh pihak berkuasa Singapura dicemari bakteria salmonella enteritidis (SE).

Telur yang terjejas dari Linggi Agriculture Sdn Bhd mempunyai cop “CEM014”.

Semalam, Agensi Makanan Singapura berkata pihaknya mengarahkan empat pengimport supaya menarik kembali produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini kerana bakteria SE boleh menyebabkan penyakit bawaan jika telur berkenaan dimakan mentah atau tidak dimasak dengan betul.

“AEON ingin memberitahu bahawa kami menarik semula sekumpulan telur serupa yang dapat dikenali dengan cop ‘CEM014’ dari rak pasar raya kami.

[VIDEO] Harga Murah Tak Dapat Untung, Peniaga SeIambe Buang Semua Telur Ayam Akhirnya Mohon Maaf

“Pelanggan yang telah membeli produk diminta mengembalikannya ke tempat pembelian di kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan pengembalian wang berdasarkan resit,” katanya.

Tambahnya, pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 1300-80-2366 atau e-mel [email protected].

Minggu lalu, pihak berkuasa Singapura juga mengarahkan penarikan balik telur dari Lay Hong Bhd Layer Farm Jeram kerana masalah serupa.

 

Sungai tercemar: Tauke kilang, penternak ladang babi kebal undang-undang?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker