Shahidan U-TURN, Tegaskan UMNO Perlis Akan Sentiasa Bersama Pimpinan Pusat

KANGAR – UMNO Perlis akan terus setia bersama dengan pusat dan tidak pernah bercadang untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat, kata pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan parti malah mempunyai hubungan akrab dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akan terus setia bersama dengan UMNO pusat.

“Kami (UMNO Perlis) akan terus berpegang dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini iaitu tidak membentuk sebarang kerjasama politik dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP,” katanya kepada pemberita di sini malam Jumaat.

Pada Jumaat, media melaporkan UMNO Perlis akan memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat sekiranya mereka kekal dengan pendirian mengakhiri kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang dijadualkan akhir bulan ini.

Shahidan pernah berdepan tuduhan cabul, kumpulan wanita, kanak-kanak bantah pelantikan ke jawatankuasa khas

Sementara itu, Shahidan, yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, UMNO Perlis terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan tidak akan melanggar perjanjian yang dibuat oleh UMNO ketika penubuhan kerajaan PN dahulu.

“Saya menyokong kerajaan PN kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin…saya juga berkerjasama dengan PAS, BERSATU dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana saya adalah Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC),” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, buat masa ini UMNO Perlis tidak akan mencadangkan apa-apa usul pada PAU 2021 memandangkan belum menerima sebarang arahan daripada UMNO pusat.

UMNO Perlis ambil pendirian berbeza, teruskan kerjasama dengan PPBM pada PRU-15

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker