Pemian No. 1 Dunia Momota ditumbangkan Zii Jia di suku akhir Seluruh England

 

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir selepas mengejutkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun pada suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England.

Pemain ranking ke-10 dunia itu menang dengan 21-16, 21-19 dalam permainan 55 minit.

Ini adalah kemenangan pertamanya dalam tujuh pertemuan menentang juara dunia dua kali itu.

Zii Jia kalah dalam enam pertemuan terdahulu, termasuk dalam saingan Masters Malaysia tahun lalu.

Momota membuat penampilan antarabangsa pertamanya sejak memenangi Masters Malaysia, sebelum beliau terbabit dalam kemalangan serius.

Dengan kemenangan hari ini, Zii Jia akan membuat kemunculan separuh akhir keduanya dalam Seluruh England. Beliau mara ke separuh akhir tahun lalu, tetapi tewas kepada Viktor Axelsen dari Denmark.

Beliau akan berdepan Mark Caljouw dari Belanda di separuh akhir esok.

Jika menang esok, beliau akan menjadi pemain perseorangan lelaki pertama negara yang melangkah ke final kejohanan itu, sejak kejayaan Lee Chong Wei pada 2017.

“Ia adalah saat sangat besar bagi saya dalam kerjaya saya. Ini adalah kemenangan pertama saya menentang Momota. Kami bertemu enam kali dan saya tidak pernah menang dan saya sangat gembira.”

Beliau berkata, strateginya ialah melawan habis-habisan dan fokus pada setiap pukulan.

Katanya, beliau sangat gembira mampu mara ke separuh akhir sebanyak dua kali.

“Jadi, saya hendak menikmati saat ini. Saya perlu beraksi esok, jadi saya tidak boleh terlalu meraikannya, saya perlu fokus.”

Momota mengakui beliau tidak bermain dengan baik hari ini.

“Saya tergesa-gesa sepanjang perlawanan dan saya tidak boleh bermain dengan baik. Saya tiada peluang memikirkan permainan saya.

“Saya dapat merasakan tekanan sepanjang kejohanan ini.”

 

England isytihar Malaysia negara berisiko rendah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker