Polis buru penunggang QAB649B

Polis memburu penunggang motosikal yang melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya.

Polis buru penunggang QAB649B

Kuching: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang memburu seorang lelaki yang menunggang motosikal secara melulu serta melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, tindakan lelaki itu dikesan menerusi video berdurasi 2 minit 59 saat yang tular di media sosial, semalam.

“Video itu memaparkan motosikal nombor pendaftaran QAB649B yang ditunggang oleh lelaki tidak memakai topi keledar melawan arah jalan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 25 Februari lalu jam 3.10 petang di Jalan Tabuan Tranquality.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian berkenaan.

“Polis memohon orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan penunggang motosikal terbabit,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. HM

Polis buru penunggang QAB649B

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker