Raja Petra dakwa UMNO, PH ‘Bersatu’



Sebaran :

UMNO dan Pakatan Harapan (PH) didakwa sudah menjalin kerjasama politik antara dua parti komponan terbesar itu ketika ini, kata penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

“Sudah disahkan. Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah mencapai kesepakatan mengenai kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan,” dakwa ciapan terbaru Raja Petra di akaun Twitternya semalam.

Tambahnya lagi, DAP sebuah parti gabungan bersama PKR dan Amanah dalam Pakatan Harapan tidak lagi akan memerli UMNO dengan kata-kata mereka sebelum ini seperti mentadbir negara yang gagal dan sebagainya.



“Mulai sekarang, DAP tidak akan lagi menggunakan kata-kata seperti parti perkauman, pelampau Islam, negara gagal, kleptokrasi, dan sebagainya, agar tidak menyinggung perasaan UMNO,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar melalui satu wawancara bersama sebuah akhbar tempatan turut menyatakan tentang kerjasama politik PKR di bawah bimbinganya bersama UMNO, jelasnya, sudah ada perbincangan (kerjasama dengan UMNO) namun bukan secara rasmi.

“Sudah ada perbincangan dengan pimpinan parti, dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita.



“Ini bukan soal PKR nak terima UMNO atau UMNO nak terima PKR, malah perkara ini masih terlalu awal. Tapi apa yang penting, kita kena guna naratif baharu iaitu politik yang merangkul semua,” jelasnya dalam wawancara tersebut.

Tambah Presiden PKR itu lagi, keputusan mengenai kerjasama ini masih belum diketahui kerana dalam usaha tersebut ada juga dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bersetuju.

“Kita tak tahu apa akan berlaku antara PKR dengan UMNO ini, kerana ada juga suara-suara yang tak setuju. Mereka bukan tak setuju dengan perjuangan ini, tapi tak setuju pasal mereka takut hilang jawatan menteri.



“Tapi kalau ini landasannya, saya tidak fikir ada masalah walaupun ia masih di peringkat awal,” jelasnya. – K! ONLINE.

Kenyataan Media: Laporan Polis Terhadap Raja Petra Kamaruddin


Sebaran :


Leave a Reply