Guna Enjin Pam Air, Anak Muda Ini Bina Replika Ferrari Dengan Kos RM4,118 Sahaja


Ramai orang sanggup buat apa saja untuk ‘nampak’ seperti memandu kereta import pada harga yang murah. Salah satu cara mudah dengan convert model kereta tempatan jadi kereta import seperti contoh Perodua Myvi jadi Toyota Passo, Perodua Kancil jadi Daihatsu Mira dan Proton Inspira jadi Mitsubishi Lancer.

Baru-baru ini ada sekumpulan anak-anak muda dari Vietnam telah mencipta kereta impian mereka, sebuah replika Ferrari 488 dalam masa 3 bulan dengan melibatkan kos hanya USD1,000 (RM4,118) sahaja.

Ramai pengguna internet kagum dengan hasil kerja mereka sehingga berjaya mencuri tumpuan ‘carfluencer’ wanita terkenal dunia, SuperCarBlondie.



Hantaran beliau yang bertulis, “This is a homemade Ferrari that cost $1000 to build. This is epic!! Thanks to the builders NHẾT,” telah mendapat puluhan ribu reaksi dan komen dari followers SuperCarBlondie.

Kereta replika ini kelihatan seakan-akan sama dengan model sebenar Ferrari 488 kerana badan kereta replika ini menggunakan fiberglass dan gam komposit dilekatkan pada frame kereta yang diperbuat dari keluli.

Paling menarik sekali, model kereta replika ini boleh bergerak menggunakan enjin pam air yang dibeli dari petani tempatan. Kereta ini dicat dengan warna merah dan boleh mengeluarkan lampu untuk ‘memandu’ pada waktu malam.

Enjin kereta Ferrari 488 replika ini boleh dihidupkan dengan menarik tali pada bahagian enjin belakang atau memusing tombol pada yang ada pada dalam bahagian kabin kereta.



Anak-anak muda yang membuat kereta replika ini dikenali sebagai NHET TV. Mereka pernah menjadi liputan berita utama sebelum ini dengan membuat beberapa model replika supercar lain seperti Bugatti Chiron, Mercedes SLS dan Lamborghini SVJ.

Selain itu, mereka turut membuat beberapa buah replika untuk model motosikal berkuasa tinggi seperti BMW S1000RR, Ducati Panigale V4S dan Kawasaki ZX-10R.

Sangat mengagumkan apabila melihat sekumpulan anak muda boleh ‘guna apa ada di tangan’ untuk membuat replika kenderaan-kenderaan impian mereka. Anda boleh tonton video proses pembuatan kenderaan replika di YouTube dan Facebook mereka.



Tular tidak lama dulu kisah dua orang adik beradik telah hasilkan model replika motosikal Y15ZR lengkap dengan bengkel hanya menggunakan kotak terpakai. Vc

Ferrari SF90 Stradale masuk pasaran Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker