Boleh tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah celcius

Boleh tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah celcius

Pentadbir dibenarkan menutup sekolah jika cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Itu antara garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi surat siaran pekeliling dikeluarkan semalam dan ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili susulan situasi semasa cuaca panas di beberapa lokasi seluruh negara ketika ini.



Menerusi surat siaran itu, institusi pendidikan di bawah KPM termasuk sekolah dibenarkan ditutup jika kawasan mereka diisytiharkan ‘heatwave’ (gelombang haba) oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

Surat siaran berkuat kuasa serta merta dari tarikh siaran semalam itu turut menyatakan garis panduan terbabit terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM.

“Selain itu, semua aktiviti luar perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

“Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama adalah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian,” katanya.



Menurut pekeliling, penutupan institusi pendidikan akibat status suhu harian bagi cuaca panas hendaklah dimaklumkan pentadbir kepada pendaftar dengan serta merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium yang sesuai.

Pentadbir hendaklah mengemukakan surat pemakluman rasmi kepada pendaftar berhubung penutupan institusi pendidikan serta merta atas sebab status suhu harian cuaca panas pada tahap amaran dua.

Surat pemakluman itu hendaklah dilampirkan bersama dokumen sokongan yang menjelaskan tentang proses penilaian risiko yang dijalankan sebelum keputusan menutup institusi pendidikan dibuat pentadbir.

Pentadbir juga hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga berkaitan penutupan atau pembukaan institusi pendidikan atas sebab status suhu harian dengan segera secara bertulis atau medium komunikasi yang sesuai.



Selain itu KPM berkata, ibu bapa juga dibenarkan membawa anak ke hospital atau balik ke rumah jika anak mereka didapati tidak sihat ketika berada di sekolah.

Katanya, pentadbir juga perlu memastikan bilik mempunyai pengudaraan yang baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan murid bagi mengelakkan sebarang risiko berkaitan strok haba berlaku serta penyakit yang lain.

“Garis panduan ini diharap dapat memastikan pengurusan penutupan institusi pendidikan dapat dilaksanakan secara teratur.

“Malah, dalam mempertimbangkan penutupan institusi pendidikan juga, aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid mestilah menjadi keutamaan komuniti institusi pendidikan,” katanya.



Menurut pekeliling sama, pentadbir juga perlu menetapkan tarikh hari ganti persekolahan dan memaklumkan tarikh terbabit kepada pendaftar.

Sebelum ini, KPM dalam kenyataan berasingan memaklumkan Institusi di bawah KPM diarah menghentikan aktiviti luar bilik darjah membabitkan murid sekiranya kawasan masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diarah melaksanakan langkah pencegahan, selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas. HM

Boleh tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah celcius



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker