Avatar kembali ungguli kutipan tertinggi, Avengers: Endgame ditolak ke senarai kedua
WASHINGTON: Filem Avatar menewaskan Avengers: Endgame selepas meraih kutipan sekitar AS$2.8 bilion(RM11.53 bilion).
Menurut laporan media antarabangsa, Avengers: Endgame ketinggalan AS$ 3 juta (RM12.35 juta) untuk membawa semula Avatar turun dari takhta.
Kutipan itu adalah adalah ekoran China mengambil inisiatif dengan menayangkan semula filem-filem blockbuster seperti Interstellar dan Inception demi meneruskan kelangsungan industri filem negara tersebut yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Menurut THR, menerusi tayangan semula pada Sabtu lalu, filem tersebut berjaya mengutip AS$8 juta (RM32.8 juta), menjadikan kutipan terkumpul kini mencecah RM11.53 bilion berbanding Avengers: Endgame yang mengutip AS$2.797 bilion (RM11.52 bilion).
Meskipun sudah lebih sedekad, impak Avatar masih kekal kukuh dan pencapaiannya menakjubkan.
Produser Avatar, Jon Landau yang menyifatkan pencapaian itu sebagai yang sesuatu membanggakan menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat China yang mengangkat kembali Avatar ke tahap bersejarah.
Landau memberitahu, dia dan pengarah filem James Cameron adalah antara individu yang paling teruja apabila diumumkan filem tersebut akan kembali ditayangkan di pawagam ketika pandemik ini.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat China atas sokongan mereka.
“Kami bekerja keras untuk memberi yang terbaik dalam sekuel Avatar yang akan datang dan akan terus memberi perceritaan yang epik pada masa-masa akan datang,” katanya.
Tayangan perdana filem epik cereka sains itu diadakan di London pada 10 Disember 2009, kemudian dikeluarkan ke pawagam seluruh dunia pada 16 Disember 2009, diikuti di Amerika Syarikat pada 18 Disember 2009, lalu berjaya menambat hati para pengulas dan penononton dunia.