Sekeluarga ‘ditangkap’ bungkus makanan bufet keluar dari restoran

Sebuah keluarga ditahan kerana membawa makanan laut keluar dari sebuah restoran di Vietnam baru-baru ini. – Foto Sanook

HANOI – Satu video tular di media sosial Vietnam memaparkan insiden sebuah keluarga bertengkar dengan kakitangan sebuah restoran bufet kerana mengambil makanan laut untuk dibawa pulang, lapor laman berita Thaiger hari ini

Dalam video itu, keluarga yang terdiri daripada seorang wanita pertengahan umur, sepasang suami isteri dan dua kanak-kanak dikesan memasukkan makanan laut ke dalam dua beg plastik yang dibawa bersama.

Apabila menyedari perkara itu, kakitangan restoran tersebut segera memaklumkan kepada keluarga itu berhubung peraturan makanan bufet.

Kakitangan itu menyatakan bahawa makanan dari restoran tersebut tidak boleh dibawa keluar.



Namun, wanita pertengahan umur itu menegaskan bahawa cucunya tidak boleh makan apa-apa makanan dan ia perlu dibawa balik untuk dimasak.

Sejumlah netizen berasa malu dengan tindakan keluarga itu sementara yang lain mempersoalkan keberanian mereka serta ada yang memberikan komen menyindir.

“Manusia jenis apakah yang mempunyai pemikiran sedemikian? Okay, teruskan dan langgar peraturan,” tulis seorang netizen. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker