Takiyuddin perlu berhenti buat ancaman tak berasas – Ramkarpal


Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh membidas Takiyuddin Hassan yang mengatakan tindakan mendakwa kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat boleh dianggap melanggar ordinan darurat berkenaan berita palsu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata demikian ketika sidang media bersama dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berhubung Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 bagi mengekang berita palsu, yang berkuat kuasa hari ini.

Mengulas kenyataan itu, Ramkarpal mempersoalkan sama ada salah untuk rakyat bertanya jika kerajaan masih ada majoriti atau tidak.

“Adakah salah untuk bertanya jika ia ada kaitan dengan nasihat kerajaan terhadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat?

“Adakah salah untuk rakyat membangkitkan kerisauan yang absah, dengan mengambil kira perkembangan politik mutakhir di negara ini?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Dia menggesa Takiyuddin untuk berhenti membuat “ancaman tidak berasas” kepada rakyat.

“Takiyuddin perlu berhati-hati dengan apa yang diperkatakannya. Siapa dia untuk menakut-nakutkan kita dengan apa yang kita fikir sebagai kerisauan yang sah?”

Saifuddin Abdullah dan Takiyuddin Hassan
Berkenaan jumlah sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ramkarpal menegaskan yang dia tidak tahu sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada majoriti atau tidak, justeru sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Perdana Menteri sepatutnya tak takut apa-apa jika dia ada majoriti dan menasihati Agong untuk membatalkan penggantungan Parlimen demi kepentingan negara.

“Undang-undang berkaitan wabak ini wajar dibahaskan di Parlimen untuk kebaikan negara.

“Saya yakin undang-undang yang membantu mengekang wabak ini akan disokong kedua-dua belah pihak (di Parlimen) demi kebaikan negara,” katanya lagi.

Menerusi ordinan baru ini, kesalahan menyebarkan “berita palsu” berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, sejumlah pihak sudah pun membangkitkan kebimbangan yang ia berisiko untuk disalah guna.

Dalam sidang media hari ini, Takiyuddin antara lain berkata walaupun ordinan menetapkan hukuman maksimum, hakim yang mendengar kes ada budi bicara untuk membuat keputusan, termasuk hanya memberikan amaran kepada tertuduh. Mk

Ramkarpal dakwa Mahathir Perdana Menteri GAGAL [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker