Annuar jangka 7 atau 8 lagi MP pembangkang sedia sokong PN



Sebaran :

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menjangkakan sehingga lapan lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyuarakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu susulan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar untuk keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong PN.

“Sebenarnya lebih ramai, termasuk ahli Parlimen, yang bersedia untuk beri sokongan kepada kerajaan PN.



“Saya difahamkan selain Xavier, ada lagi tujuh atau lapan orang kawan-kawan ahli Parlimen yang ada beri indikasi sedia menyokong (PN),” dia dilaporkan berkata dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun Annuar enggan mendedahkan nama ahli Parlimen yang dimaksudkannya.

“Tidak payahlah. Nanti saya sebut, ada pula orang yang menafikan. Tetapi realitinya begitulah.



“Politik ini dinamik. Kalau ada orang cakap nak keluar, ada orang (lain) nak masuk.

“Ada dengar tak orang cakap nak keluar, nak mufaraqah? Dalam politik bila ada yang cakap nak keluar, ia seperti hukum fizik. Setiap tindakan ada kesannya,” katanya, sekali lagi tidak menyatakan secara khusus pihak yang dirujuknya.

Bagaimanapun Umno sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.



Sementara itu, menurut Annuar yang merupakan ahli Parlimen Ketereh dari Umno, wakil rakyat pembangkang yang ingin menyokong PN setelah melihat prestasinya.

“Kalau kerajaan kita ini berprestasi, akan ramai yang sedia menyokong.

“Sebab tugas kerajaan sekarang adalah terus fokus melaksanakan tanggungjawab termasuk berkenaan Covid-19, pemulihan ekonomi, perpaduan kaum serta kestabilan politik.



Terdahulu hari ini, Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Azmin Ali turut membayangkan akan ada lagi ahli Parlimen yang akan menyokong PN.


Sebaran :


Leave a Reply